Tuesday, September 9, 2008

Tema - Pusaran

Pusaran

Cerpen ini mengangkat tema antara persahabatan seorang manusia dan seekor lembu. Junid dan Pusaran sangat akrab sehingga mereka sulit untuk dipisahkan. Contohnya apabila junid disuruh tinggal dengan neneknya, pusaran tidak lalu makan tetapi setelah junid dihantar pulang oleh datuknya pusaran tiba-tiba langsung boleh makan . Cerpen ini juga ingin memgemukakan tentang sikap hormat antara orang tua dan anaknya.

Pengajaran - Anak laut

Anak Laut


Terdapat empat pengajaran yang dapat dipetik dari sajak ini.


Pertama ialah kesabaran kita harus bersabar dengan segala hal telah ditetapkan tuhan contohnya ajal maut dan rezeki. Jikalau kita bersabar insya Allah tuhan akan memberikan jalan. Anak laut ini bermaksud seorang nelayan yang sehari-harinya bekerja di tengah-tengah laut. Pekerjaannya sebagai seorang nelyan adalah pekerjaan halal walaupun penghasilannya cukup.


Kedua, kita harus menghargai benda yang kita miliki. Dalam hal ini si anak laut sangat menghargai koleknya yang sudah bertahun-tahun menemaninya mencari rezeki.


Ketiga, kita harus senantiasa bertawakal terhadap tuhan kerana segala kegetiran hidup dapat dilalui dengan berserah kepadaNya.



Akhir sekali, walaupun kehidupannya itu cukup-cukup, dia tetap menjalani kehidupannya dengan ikhlas tanpa mengeluh tentang hidupnya yang susah.

Sunday, August 24, 2008

Latar Belakang - Cikgu Balkis

Cikgu Balkis seorang guru yang mengambil berat terhadap hal kebajikan anak muridnya dia sangat prihatin dengan keadaan Muliati yang kaki dan tangannya cacat. Walaupun Cikgu Balkis sudah berumah tangga dia belum dikurniakan cahaya mata dia juga membantu menyara menyara persekolahan Muliati. Dia menyayangi Muliati seperti anaknya sendiri. Dia menghidap penyakit ganjil yang mengharuskannya untuk pergi ke London untuk menjalani rawatan. Cikgu Balkis sengaja bersikap dingin terhadap Muliati agar sewaktu pemergiannya secara mendadak dia tidak rasa kehilangan dan berat untuk melepaskan kepergian Cikgu Balkis

Latar Belakang - Muliati

Muliati seorang gadis malang yang kehilangan tangan dan kakinya semasa mengikut ekspedisi kelab kembara di sekolahnya semasa di tingkatan lima. Dia selalu diperli.dikutuk,dihina,dicaci kerana anggota tubuhnya yang tidak sempurna. Dia hidup bersama neneknya yang sudah tua. Dia juga murid yang cerdik sehinggakan dia berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah berkat usahanya yang gigih dan sokongan neneknya.

Sajak - Persahabatan

Sahabat

Aku kecewa padamu
Sudah sekian lama persahabatan
Ini terjalin
Kau tergamak mengkhianati
Persahabatan kita

Aku kecewa padamu
Kau sanggup berpaling tadah
Kau membuangku setelah
Mendapat yang baru
Apakah kau fikir aku ini
Hanyalah tempat persinggahan

Aku kecewa padamu
Apabila kesusahan kau lari
Padaku meminta pertolongan
Apabila senang kau pergi
Meninggalkan ku sendirian

Sungguh ku tak menyangka
Kau yang selama ini aku
Anggap sebagai sahabat
Penuh dengan tipu muslihat
Kau mengambil buku diariku
lalu membacakannya di khalayak ramai

Sahabat apa salahku
Apakah dosaku apakah aku
Pernah menyakitimu
Aku minta maaf
Jika ada kesilapan
Sampai aku menghembuskan
Nafasku yang terakhir
Kau akan tetap menjadi
Sahabat terbaikku

Perwatakan Subuh

Subuh seorang yang rajin beribadah. Dia tidak pernah meninggalkan kewajibannya sebagai seorang pelajar yang tidak pernah diberi duit oleh ayahnya untuk pembelanjaan sekolahnya. Dia mempunyai inisiatif sendiri untuk bekerja sambilan demi untuk membiayai yuran sekolahnya dan membelikeperluan sekolahnya dan juga tambang untuk ke maktabnya. Subuh seorang yang mengambil berat terhadap reputasi maktab elite kerana jikalau polis mengetahui pasangan yang hampir dirompak di Scince Park tentu nama baik Maktab Elite tercemar. Subuh seorang pelajar teladan kerana sesetengah orang jikalau mengalami nasib seperti Subuh yang bapanya tidak memberikan wang saku pasti mereka langsung berputus asa dan tidak mahu melanjutkan sekolah ke peringkat lebih lanjut lagi.

Monday, July 28, 2008

Pencerakinan

Berdasarkan novel "Subuh Hilang Senja" ,terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat . Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu.(20 markah)



Novel "Subuh Hilang Senja" ,yang ditulis oleh Suratman Markasan, merupakan sebuah buku yang penuh dengan pengajaran. Dari setiap sudut dalam cerita ini, pasti ada sahaja pengajaran yang ingin disampaikan oleh Encik Suratman.


Pengajaran yang pertama yang terdapat dalam novel ini adalah tidak memandang rendah kepada orang-orang yang tidak mampu ataupun orang yang berasal dari pulau. Mereka mungkin hanya orang yang miskin hartanya tetapi kaya hatinya. Walaupun kita orang yang paling kaya,berkuasa selakipun apa gunanya jikalau kita miskin hati. Tidak semua orang-orang yang kaya yang lahir di bandar mampu belajar di maktab rendah seperti Subuh,Senja,Bujang dan Salih. Mereka mampu hidup berdikari dan tetap mempunyai disiplin ketika belajar walaupun berasa letih kerana bekerja.
Contohnya ialah Subuh yang bapanya tidak memberinya wang untuk keperluan sekolah mampu berdiri di atas kakinya sendiri dan mampu mencari rezeki sendiri tanpa dipaksa orang tuanya tetapi kerana inisiatifnya sendiri.



Pengajaran kedua pula ialah tidak menilai seseorang dari penampilannya. Kita juga tidak boleh mengambil kesimpulan terhadap seseorang itu berdasarkan latar belakangnya. Tidak semestinya orang yang berpenampilan baik itu baik kerana itu hanya dari lahirnya sahaja tetapi di dalam batinnya tiada siapa yang tahu selain Tuhan. Sebaliknya orang yang berpenampilan kurang baik itu orang yang jahat. Contoh yang terdapat di dalam novel ini menunjukkan bahawa Mr Rodrigues adalah seorang serani yang tampan dan kacak sehinggakan Cikgu Roziah isteri Cikgu Husin terpikat kepadanya ini tetap tidak menutupi perangai Mr Rodrigues yang tidak baik. Dia tidak berlaku adil kepada Subuh,Senja,Bujang dan Salih. Mereka telah disebat di depan khalayak ramai hanya kerana tidak memgikuti pertandingan bola sepak antara sekolah. Mr Rodrigues juga tidak memberikan mereka kesempatan untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Dia selalu menghukum mereka kerana kesalahan kecil walaupun mereka mempunyai alasan yang cukup kuat untuk melepaskan mereka. Dia berpihak kepada bangsa yang berkulit putih sahaja hal ini menunjukkan bahawa dia bersikap perkauman. Ini tidak bermakna bahawa orang yang penampilan yang kurang baik itu cukup untuk melambangkan watak sebenar seseorang itu. Kita hidup di masyarakat yang berbilang bangsa mesti bergaul dengan orang yang berbangsa lain
bukan hanya dengan orang sekaum kita sahaja. Tidak semestinya orang yang mempunyai sama kulit dengan kita itu dapat kita percayai seratus peratus dan orang yang bukan sebangsa kita tidak dapat dipercayai.




Pengajaran yang ketiga pula ialah tidak menyebarkan akan peribadi orang. Di dalam Novel "Subuh Hilang Senja" Subuh memberitahu Senja agar tidak membongkar rahasia pasangan yang mereka tolong sewaktu di Science Park itu ialah Mr Rodrigues dan Cikgu Rozila. Hal ini dapat difaham, kerana dia tetap ingin menjaga nama baik kedua guru tersebut kerana dia masih menuntut di maktab elite tersebut. Walaupun Subuh dalam keadaan cedera, dia masih memikirkan nasib kedua guru, jika terbuka rahasia perhubungan sulit mereka berdua. Dia dapat bayangkan betapa malunya mereka serta maktab yang dihormati. Di dalam dunia ini sulit untuk menemukan orang yang berhati mulia semulia Subuh kerana dia masih menyempatkan diri untuk memikirkan hal kebajikan orang lain apatah lagi orang yang tiadak tahu mengenang budi yang mereka tolong. Di saat genting pun dia berusaha agar gurunya, Cikgu Rozila tidak menanggung malu dan supaya suaminya Mr Husin tidak mengetahui perilakunya sebagai seorang istri yang tidak bertanggung jawab. Jikalau perempuan yang bersama Mr Rodrigues itu bukan Cikgu Rozila sudah tentu Subuh tidak akan menyuruh Senja untuk merahasiakan perkara sebenar.



Akhir sekali iaitu pelajaran keempat tentang perlakuan tidak adil terhadap Subuh,Senja,Bujang dan Salih dalam hal ini mereka diperlakukan sangat tidak adil dari guru yang berat sebelah itu dia memihak dengan orang yang mempunyai sama warna kulit dengannya. Mr Rodrigues berlaku sangat tidak adil lebih-lebih lagi terhadap subuh dan kawan-kawannya apa yang mereka lakukan dimatanya semua salah. Nasib Bujang sangat malang sewaktu dia pergi ke Raffles Institute kerana dia dituduh mencuri sedangkan pihak RI tidak pernah menuduhnya. Tanpa sebarang pertimbangan, Mr Rodrigues memutuskan untuk memecatnya dari army cadet ketika Bujang menulis surat.