Monday, July 28, 2008

Pencerakinan

Berdasarkan novel "Subuh Hilang Senja" ,terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat . Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu.(20 markah)



Novel "Subuh Hilang Senja" ,yang ditulis oleh Suratman Markasan, merupakan sebuah buku yang penuh dengan pengajaran. Dari setiap sudut dalam cerita ini, pasti ada sahaja pengajaran yang ingin disampaikan oleh Encik Suratman.


Pengajaran yang pertama yang terdapat dalam novel ini adalah tidak memandang rendah kepada orang-orang yang tidak mampu ataupun orang yang berasal dari pulau. Mereka mungkin hanya orang yang miskin hartanya tetapi kaya hatinya. Walaupun kita orang yang paling kaya,berkuasa selakipun apa gunanya jikalau kita miskin hati. Tidak semua orang-orang yang kaya yang lahir di bandar mampu belajar di maktab rendah seperti Subuh,Senja,Bujang dan Salih. Mereka mampu hidup berdikari dan tetap mempunyai disiplin ketika belajar walaupun berasa letih kerana bekerja.
Contohnya ialah Subuh yang bapanya tidak memberinya wang untuk keperluan sekolah mampu berdiri di atas kakinya sendiri dan mampu mencari rezeki sendiri tanpa dipaksa orang tuanya tetapi kerana inisiatifnya sendiri.



Pengajaran kedua pula ialah tidak menilai seseorang dari penampilannya. Kita juga tidak boleh mengambil kesimpulan terhadap seseorang itu berdasarkan latar belakangnya. Tidak semestinya orang yang berpenampilan baik itu baik kerana itu hanya dari lahirnya sahaja tetapi di dalam batinnya tiada siapa yang tahu selain Tuhan. Sebaliknya orang yang berpenampilan kurang baik itu orang yang jahat. Contoh yang terdapat di dalam novel ini menunjukkan bahawa Mr Rodrigues adalah seorang serani yang tampan dan kacak sehinggakan Cikgu Roziah isteri Cikgu Husin terpikat kepadanya ini tetap tidak menutupi perangai Mr Rodrigues yang tidak baik. Dia tidak berlaku adil kepada Subuh,Senja,Bujang dan Salih. Mereka telah disebat di depan khalayak ramai hanya kerana tidak memgikuti pertandingan bola sepak antara sekolah. Mr Rodrigues juga tidak memberikan mereka kesempatan untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Dia selalu menghukum mereka kerana kesalahan kecil walaupun mereka mempunyai alasan yang cukup kuat untuk melepaskan mereka. Dia berpihak kepada bangsa yang berkulit putih sahaja hal ini menunjukkan bahawa dia bersikap perkauman. Ini tidak bermakna bahawa orang yang penampilan yang kurang baik itu cukup untuk melambangkan watak sebenar seseorang itu. Kita hidup di masyarakat yang berbilang bangsa mesti bergaul dengan orang yang berbangsa lain
bukan hanya dengan orang sekaum kita sahaja. Tidak semestinya orang yang mempunyai sama kulit dengan kita itu dapat kita percayai seratus peratus dan orang yang bukan sebangsa kita tidak dapat dipercayai.




Pengajaran yang ketiga pula ialah tidak menyebarkan akan peribadi orang. Di dalam Novel "Subuh Hilang Senja" Subuh memberitahu Senja agar tidak membongkar rahasia pasangan yang mereka tolong sewaktu di Science Park itu ialah Mr Rodrigues dan Cikgu Rozila. Hal ini dapat difaham, kerana dia tetap ingin menjaga nama baik kedua guru tersebut kerana dia masih menuntut di maktab elite tersebut. Walaupun Subuh dalam keadaan cedera, dia masih memikirkan nasib kedua guru, jika terbuka rahasia perhubungan sulit mereka berdua. Dia dapat bayangkan betapa malunya mereka serta maktab yang dihormati. Di dalam dunia ini sulit untuk menemukan orang yang berhati mulia semulia Subuh kerana dia masih menyempatkan diri untuk memikirkan hal kebajikan orang lain apatah lagi orang yang tiadak tahu mengenang budi yang mereka tolong. Di saat genting pun dia berusaha agar gurunya, Cikgu Rozila tidak menanggung malu dan supaya suaminya Mr Husin tidak mengetahui perilakunya sebagai seorang istri yang tidak bertanggung jawab. Jikalau perempuan yang bersama Mr Rodrigues itu bukan Cikgu Rozila sudah tentu Subuh tidak akan menyuruh Senja untuk merahasiakan perkara sebenar.



Akhir sekali iaitu pelajaran keempat tentang perlakuan tidak adil terhadap Subuh,Senja,Bujang dan Salih dalam hal ini mereka diperlakukan sangat tidak adil dari guru yang berat sebelah itu dia memihak dengan orang yang mempunyai sama warna kulit dengannya. Mr Rodrigues berlaku sangat tidak adil lebih-lebih lagi terhadap subuh dan kawan-kawannya apa yang mereka lakukan dimatanya semua salah. Nasib Bujang sangat malang sewaktu dia pergi ke Raffles Institute kerana dia dituduh mencuri sedangkan pihak RI tidak pernah menuduhnya. Tanpa sebarang pertimbangan, Mr Rodrigues memutuskan untuk memecatnya dari army cadet ketika Bujang menulis surat.

No comments: