Sunday, August 24, 2008

Perwatakan Subuh

Subuh seorang yang rajin beribadah. Dia tidak pernah meninggalkan kewajibannya sebagai seorang pelajar yang tidak pernah diberi duit oleh ayahnya untuk pembelanjaan sekolahnya. Dia mempunyai inisiatif sendiri untuk bekerja sambilan demi untuk membiayai yuran sekolahnya dan membelikeperluan sekolahnya dan juga tambang untuk ke maktabnya. Subuh seorang yang mengambil berat terhadap reputasi maktab elite kerana jikalau polis mengetahui pasangan yang hampir dirompak di Scince Park tentu nama baik Maktab Elite tercemar. Subuh seorang pelajar teladan kerana sesetengah orang jikalau mengalami nasib seperti Subuh yang bapanya tidak memberikan wang saku pasti mereka langsung berputus asa dan tidak mahu melanjutkan sekolah ke peringkat lebih lanjut lagi.

No comments: