Saturday, February 21, 2009

Watak & Perwatakan

Watak Dan Perwatakan “ Pertarungan Tuah Dengan Jebat”

Terdapat dua orang watak yang memainkan peranan dalam cerita ini, iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Kedua-duanya merupakan watak utama. Sungguhpun begitu yang berbeza antara watak-watak tersebut ialah Hang Tuah yang merupakan watak protagonis iaitu watak yang membela ke arah kebaikan. Sementara Hang Jebat merupakan watak antagonis kerana dia menentang keputusan yang telah diputuskan oleh sultan dan bermaharajalela di istana.


~Laksamana Hang Tuah

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan berasal dari Melaka yang sangat terkenal dan sangat setia atas perintah raja. Dia dihukum bunuh oleh raja akan tetapi dia disembunyikan oleh Bendahara di Hulu Melaka dan terhindari daripada hukuman itu. Hang Tuah juga bersahabat baik dengan Hang Jebat dan dia dianggap sebagai saudara tua oleh Hang Jebat. Dia juga seorang yang benci terhadap orang yang menentang raja. Oleh kerana itu dia akur apabila sultan memerintahkan untuk membunuh Hang Jebat yang telah dianggap sebagai seorang penderhaka, walaupun Hang Jebat menderhaka kerana menuntut bela atas kematiannya. Hang Tuah adalah seorang yang sangat pemberani dan pandai bermain senjata buktinya dia berjaya menewaskan Hang Jebat di istana raja dalam pertarungan antara mereka.



~Hang Jebat

Hang Jebat merupakan sahabat baik Hang Tuah dan telah menganggapnya sebagai saudara tuanya. Apabila Hang Tuah dihukum oleh sultan, Hang Jebat telah mengambil keputusan terburu-buru dengan bermaharajalela di istana.Hang Jebat menyimpan dendam terhadap perbuatan raja yang mengambil keputusan tanpa usul periksa itu.
Dia pun telah menderhaka kepada sultan. Dia juga telah bersikap kejam dengan memnuh orang-orang yang tidak berdosa.
Ini terbukti melalui petikan berikut:
“Setelah suadah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun tiada tinggal”
(Anak Laut, hlm.37)

Hang Jebat bertindak sedemikian kerana ingin membela kematian sahabatnya Hang Tuah. Dia sangat menyayangi sahabatnya itu. Hal ini terbukti melalui kata-katanya:

“Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi Jika aku tahu akan engkau ada hidup , demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.”
(Anak Laut, hlm.36)

Hang Jebat digambarkan sungguh pandai bermain senjata dalam pertikamannya dengan Hang Tuah. Dia juga seorang yang berani menentang Hang Tuah yang dianggap sebagai hulubalang besar itu. Akhirnya Hang Jebat tewas setelah ditikam oleh Hang tuah di istana raja Melaka.

No comments: