Saturday, April 11, 2009

~Serunai Malam~

~Latar

> Di ruang tamu rumah pegawai tinggi kerajaan ( hlm 123)

* Tempat Safiah dan ibunya duduk-duduk dan menunggu kedatangan kekasihnya Umar.

> Masyarakat yang mengusahakan sawah dan kebun ( hlm 131 )

* Majid bapa Umar adalah seorang usahawan dalam bidang perkebunan dia bersikap rendah diri dan hidup sederhana walaupun hidup serba bercukupan.



~Ucapan


> “Kalau aku jadi kau, kalau aku jadi lelaki masuk universiti, aku akan membahagiakan tunangku.” (hlm 136)

*Dalam hal ini Safiah terlalu memaksakan kehendaknya dan mementingkan diri.


> (Tenang tegas) “I dah fakir habis-habis Piah. I suka jadi guru. Kalau boleh, duduk di Kementerian Pelajaran pun I tak mahu” (hlm 128)


* Umar seorang yang mempunyai pendirian yang tegas. Apa yang menurutnya benar pasti dia akan berusaha untuk memperkukuh pendapatnya.



~Penampilan

> “Dia pakai seluar” { “Nak ringkas tu betullah. Tapi kutengok macam sarung nangka” }( hlm 133)

*Safiah tetap memakai seluar walaupun akan bertemu dengan bakal bapa mertuanya. Majid bapa kepada Umar tidak suka melihat Safiah berpakaian sebegitu rupa.




~Aksi


> ( Berteriak ) “ Bawakan aku kopi secawan!”( hlm 125)

* Perbuatan ini menunjukkan bahawa Safiah seorang anak yang pemalas dan juga manja. Untuk meminum secawan kopi sahaja perlu diambilkan . Ini membuktikan bahawa dia belum bersedia untuk berumah tangga dengan Umar tunangnya.



> ( Semakin merajuk, mengalih sedikit tangannya supaya jauh dari sentuhan tangan Umar ) “Memang I childish.
( Diam seketika ) Entah gadis-gadis universiti sana tu yang menyebabkan you lambat. Maklumlah, ini masa perpisahan!” (hlm 127)

* Safiah seorang yang terlalu kekanak-kanakkan. Dia menuduh Umar dengan tuduhan yang tidak jelas dan tanpa usul periksa.




~Hubungan



> “ Kerana kasihku padamu terlalu besar.” ( hlm 139 )

* Kata-kata ini menunjukkan Kasih sayang Safiah terhadap Umar yang begitu besar sehingga bersikap terlalu pencemburu.

> ( Tegas dan keras ) “I setuju kalau mahasiswa-mahasiswa yang keluar dari universiti duduk di kota-kota. Apa yang boleh dibuat di kampong”


* Kata-katanya menunjukkan seolah-olah dia tidak mengenali Umar yang ingin berbakti dan ingin mengubah kampong halamannya. Dia telah melukai Umar dengan kata-kata kasarnya.

No comments: